SSQS 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah di Malaysia.  Ia digunakan sebagai satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian sekolah-sekolah di Malaysia.  SSQS juga boleh digunakan sebagai satu indikator asas mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia ndan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy)

Sehubungan itu, pelaksanaan penarafan bagi tahun 2017 ini akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2017. Penarafan ini diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru dengan dibantu oleh Guru Penyelaras Bestari/ Guru Penyelaras ICT di peringkat sekolah.  Responden bagi penarafan ini adalah terdiri daripada Pengetua/Guru Besar, Guru Perpustakaan & Media (GPM), guru-guru dan murid-murid.

Penarafan menggunakan SSQS secara dalam talian boleh dicapai melalui pautan berikut:

Surat SSQS 2017 Terkini
Surat SSQS 2017
Panduan SSQS 3.0 -Admin Sekolah
Panduan SSQS 3.0 -Responden

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply