PINJAMAN NETBOOK 1MALAYSIA

Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil. 8 Tahun 2015, KPM telah memperuntukkan sebilangan netbook yang ditempatkan di PKG untuk dipinjamkan kepada guru-guru yang memerlukannya.  Peminjaman adalah seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Perkhidmatan Pinjaman dan Penggunaan Netbook 1Malaysia bagi guru-guru Sekolah KPM yang berkuat kuasa mulai 4 Jun 2015.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

MESYUARAT JAWATANKUASA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) ZON PKG TANGKAK BIL 1 TAHUN 2017

Kepada:

Pengetua/Guru Besar
Sekolah Ahli Pusat Kegiatan Guru Tangkak
(u.p: Guru Perpustakaan & Media)

Tarikh : 01 MAC 2017
Masa : 2.00 – 4.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Tangkak

Surat Panggilan

Posted in Uncategorized | Leave a comment

FORMAT BUKU REKOD NILAM

Program NILAM yang ditambahbaik telah dirintis di 104 buah sekolah di Selangor pada tahun 2016.  Hasil daripada rintis tersebut, satu format perekodan NILAM yang baharu telah disediakan.  Format Buku Rekod NILAM yang terkini dengan penambahbaikkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan mula digunakan mulai sesi persekolahan 2017.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan ASTRO Kasih melaksanakan projek Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 31 Mac 2016 yang lalu.  Sehubungan dengan itu, pihak ASTRO bersetuju untuk membekalkan perkhidmatan KABKS seperti di bawah:

  • Penyelenggaraan bagi sekolah yang telah dipasang dengan kemudahan KABKS sejak tahun 2008.
  • Pemasangan baru KABKS di sekolah yang belum dipasang sejak tahun 2008.

Mengikut MoU tersebut, pembekal ASTRO akan membekal dan menyelenggara peralatan KABKS seperti berikut:

PERALATAN YANG DIBEKALKAN
Pemasangan Baharu Penyelenggaraan Jika Rosak
TV Kad Pintar (Smart Card)
Set Dekoder (DMT-5) Set Dekoder
Kad Pintar (Smart Card) Out Door Unit (ODU)
Out Door Unit (ODU)
Posted in Uncategorized | Leave a comment

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARS (SSQS) TAHUN 2016

Kepada:
Pengetua Dan Guru Besar
Sekolah Ahli Pusat Kegiatan Guru Tangkak

Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan pelaksanaan dan pemantauan penarafan pembestarian sekolah (SSQS) yang dilaksanakan secara dalam talian mulai 15 Julai- 13 Ogos 2016. Berikut ialah Surat Siaran dan Pautan SSQS :-

Posted in Uncategorized | Leave a comment